Video Berkaitan bekam
Soalan sering Ditanya (FAQ)
Tarikh Terbaik Untuk Berbekam Adalah Pada 17, 19 Dan 21 Bulan Hijrah.
Dari Abu Hurairah R.A. Rasulullah S.A.W. Bersabda ” Sesiapa Yang Berbekam Pada 17, 19 Dan 21 Haribulan (Hijriyah) Maka Itu Adalah Hari Yang Menyembuhkan Segala Macam Penyakit” Sahih Sunan Abu Dawud.
Waktu Terbaik Berbekam Pula Adalah Setelah Gelincir Matahari.
Anggaran Waktunya Sekitar Pukul 2.00 Petang – 4.00 Petang. Iaitu Selepas Solat Zohor Dan Sebelum Solat Asar.
Ibnu Sina Menyatakan, ‘Kerana Waktu Itu Saluran Darah Mengembang Sehingga Toksin (Darah Kotor) Mudah Dikeluarkan’
DERMA DARAH
- Darah Dalam Pembuluh Darah Besar (Arteri)
- Darah Keluar Bersama Sel darah Putih 100%.
- Darah Segar Dan Cair.
- Kurang & Jarang Berbau.
- Warna Kemerahan.
- Menurunkan Sedikit Paras Kolesterol (LDL).
- Pencegahan Kepada Beberapa Penyakit.
- Bukan Rawatan Kepada Pesakit Gangguan Jin.
- Badan Berasa Lemah Selepas Derma Darah.
- Dapat Membantu Orang Lain.
BEKAM DARAH
- Darah Dalam Lapisan Kulit (Kapilari).
- Tidak Banyak Keluar Sel darah Putih.
- Darah Bertoksid Dan Kental.
- Darah Lebih Berbau.
- Warna Darah Seakan Kehitaman & Pekat.
- Menurunkan Paras Kolesterol (LDL & HDL).
- Ikhtiar Terbaik Merawat Pelbagai Jenis Penyakit.
- Berkesan Merawat Pesakit Gangguan Jin.
- Majoriti Berasa Lega, Badan Ringan Dan Selesa.
- Dapat Merawat Diri Sendiri.
PANTANG LARANG DALAM BERBEKAM.
- Jangan Terlalu Lapar Atau Terlalu Kenyang Ketika Hendak Berbekam.
- Hanya Mandi Selepas 4 Jam Berbekam.
- Suasana Di Tempat Bekam Tidak Terlalu Sejuk.
- Tidak Digalakkan Berbekam Sejurus Selepas Mandi.
- Jangan Berbekam Jika Badan Terlalu Letih.
- Jangan Makan Melainkan Setelah 1 jam Berbekam.
- Pastikan Tempat Berbekam Ada Laluan Udara Atau Buka Semua Ruang Udara Di Tempat Berbekam Agar Berlaku Pusingan Udara.
- Tidak Digalakkan Mengadakan Hubungan Kelamin Sebelum Dan Selepas Berbekam.